Monday 1 October 2012

Selamat Pendek Umur !


      “Selamat pendek umur,”saya bergurau.Sahabat saya agak tersentak,namun tetap tersenyum.Dia faham, saya hanya bergurau.
      “Kenapa pula?”tanyanya.Dia kelihatan ceria.Hari ini hari ulang tahun kelahirannya.Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran dengan tempat kerja kami.
      “Yelah,bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan didalam rahium ibu lagi.Ertinya, semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.”
      “Maknanya, semakin hari semakin pendeklah umur kita?”tingkahnya penuh pengertian.
      “Ya, hari ini setapak lagi kita menghapiri dengan kematian.”

      “Pelik,selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup.Tentang kekayaan.Tentang pencapaian.Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”
      “Siapa yang tidak bercakap tenrang mati akan ‘mati’,”balas saya.
      “Kenapa pula?”
      “Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati,maka dia tidak layak untuk hidup!”
      “Untuk apa kita mati?”
      “Untuk hidup,”kilas saya lagisekadar bermain kata ,bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
      “Dia diam.Menung dan alam fikirannya telah terusik barangkali.

      “Mati untuk hidup?”
      “Ya, mati bukanlah satu pengakhiran,tetapi hanya satu permulaan.”
      “Satu permulaan?Maksud kau?”
      “Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak akan mati-mati lagi – alam akhirat.Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?”
      “Hmpir terlupa.Waktu kampus dulu?”
      “Umar berkata ,manusia diciptakan untuk hidup selamanya.Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”  Terkesima dia .Jari-jarinya mula menepuk-nepuk meja.Perlahan.Tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju.Dia biasa begitu.

      “Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?” Wah,saya pula yang terkejut mendebgar liuk lentok bahasanya.Berputar-putar seputar maknanya.
      “Ya, hidup disini didunia ini,adalah tanaman untuk tuaian pada hidup disana,diakhirat.Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.”
      “Jika demikian,apa ada pada umur?”
      “Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakar oleh jarum jam ,minit dan saat sebuah arloji,”balas saya.Seronok sekali-sekala ,berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang berputik dan berbuah.

      “Maksudnya kita abadi?”
      “Ya, tapi bukan abadi seperti Khalik yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Tetapi kita tetap makhluk.”
      “Jika demikian ,umur itu relative juga kan?”
      “Ya, kan Einstein pun fahamnya begitu?Masih ingan Teori Relativiti masa?”
      “Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”
      “Juga bukan pada zahir tapi juga yang maknawi.”
      Semakin rencam perbincangan kami.Tidak mengapa,sekali-sekala apa salahnya, berfalsafah kekadang lebih indah.

      “Imam Nawawi, pendek umur tetapi panjang ilmu dan abadi jasanya.Imam Syafi’I, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang,namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad.”tambahnya memberi contoh.
      “Umar Ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi Khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya.”sambungnya lagi.
      “Rupa-rupanya petua nak panjang umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,”kata saya seakan merumuskan.
      “Harta boleh panjangkan umur….sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah.Pahalanya berterusan.Akhlak boleh panjangkan umur…..hubungkan silaturahim,panjanglah umur kita. Demikianlah maksud hadis.”

      “Apakah rahsia kejayaan orang yang panjang umur itu?”
      “Mereka sedar tentang tujuan !Mereka adalahperibadi yang sentiasa sedar akan tujaun segala sesuatu.Mereka tahu tujuan hidup,mereka tahu tujuan mati.Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”
      “Hasilnya?”
      “Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!”
      “Tapi kita bukan mereka?”

      “Betul.Tapi itu bukan kelemahan ,bahkan satu kekuatan setiap kita adalah unik.Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh,tetapi dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza .”
      “Kita lebih bijak dari mereka?”
      “Ya,disudut-sudut tertentu.Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang professor dari segi pemanduan kereta.”

      “Tetapi keintelektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta.Profesor lebih berharga daripada seorang driver.Gaji mereka lebih tinggi.”
      “Mksudnya, Umur seorang professor lebih ‘panjang ‘berbanding seorang driver?Maksud kau begitu?”
      “Perbezaan itu bukan perbezaan taraf,tetapi perbezaan  jalan.Jalan untuk seorang driver menjadi hamba allah berbeza dengan jalan professor.Itu sahaja.”

      “Kau tidak  mengiktiraf darjat orang berilmu?”
      “Tidak begitu.Orang berilmu memang dilebihkan beberaapa darjat….tapi dengan syarat,mereka takutkan allah.Kan itu takrif sebenar seorang ulama?”
     “Maksudnya?”
      “Seorang driver yang takutkan allah lebih tinggi darjatnya daripada professor yang tidak takukan allah..Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah,tentu sahaja umur professor itu lebih panjang daripada umur driver lantaran ilmu dan amalannya yang lebih tinggi dan berharga!” 

      “Ah,surah Al-Baqarah menukilkan seorang yang mati dijalan allah,hakikatnya terus hidup.Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada allah.Jadi satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid.”ujar saya mengalir arus perbualan.
      “Benarlah kata ahli sejarahpara sahabat Rasulallah itu hidup kerana mereka mencintai mati.Dan generasi hari ini mati kerana terlalu mencintai hidup.”